Aku melaporkan diri diasrama TIkl(Sekolah Teknik Kuala Lumpur)lewat sedikit dan tempat diblok B tidak banyak yang kosong.Walaubagaimanapun aku telah pilih Blok D2 kerana ada member lama Sdr Aris Maamur disitu.Blok ini jauh dari blok-blok lain dan jarang sekali dikunjungi senior-senior dan terlepaslah dari kena ragging!Dibelakang blok ini ada beberapa pokok-pokok besar dan sangat enak berehat di petang hari.Disini juga freshie-freshie dari blok lain datang untuk melarikan diri dari kena ragging.Bersebelahan pula ialah Blok D1 ia-itu 'sick bay'.
Suatu malam aku terasa sakit perut dan terus pergi ke bilik tandas diluar yang tak berapa jauh dari Blok D2.Waktu itu aku rasa lebih kurang jam dua pagi.Semasa dalam tandas aku dengar bunyi seperti orang berjalan dengan terompah kayu menuju ke tandas.Aku hairan juga masakan ada pelajar yang pakai terompah dizaman itu kerana setahu saya semua orang pakai selipar jepun.Saya pun buat batuk-batuk untuk menarik perhatian tetapi tak ada respon pun malahan bunyi terompah tu makin kuat.Aku pun bersiul pula lagu 'Beatles', bunyi terompah tu berhenti.Tetapi apabila aku berhenti ia berbunyi semula dan aku rasa kalau dia berjalan dan jauh meninggalkan tandas itu.Aku dengar seperti ada orang membuka shower dibilik air dan tak lama kemudian berhenti.Aku buat ahem beberpa kali tapi tak ada bunyi apa-apa dari arah itu.Bulu roma ku mula tegak dan badan ku menggeletar seram sejuk.Aku pun bergegas ka bilik air untuk membersihkan diri.Di bilik air itu pula aku nampak seketul sabun berwarna kuning terletak di atas lantai.Sabun itu masih baru lagi dan kuningnya macam kuning diraja bersinar dan sangat harum.Yang aku tahu warna sabun Palmolive atau Lux tak ada semacam itu.Tanpa fikir panjang lagi aku pun cabut lari........balik ke bilik!
Apabila sampai dibilik aku kejutkan Sdr Mustaffa Singah untuk menemani aku membersihkan diri.Tanpa banyak soal Mustaffa menemani aku ke bilik air tadi.Bunyi terompah tidak pula kedengaran lagi dan sabun kuning tadi pun tidak juga kelihatan.Misteri sungguh!
Hingga hari ini aku masih ingat peristiwa seram itu.Tak tau lah mana datangnya sabun itu dan juga mana perginya.Apa akan jadi jika aku pakai sabun itu?Putih kah aku atau kuning kah aku atau terus jadi invisible man!Aku pun telah membuat survey tak ada sesiapa pun pakai terompah!Jadi siapa kah itu....cobaan!
Sunday, February 13, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
I SU BAHASA INGGERIS Penggunaan Bahasa Inggeris di negara ini telah lama diperkatakan dan baru-baru ini dibangkitkan lagi. Ada pembesa...
-
The dust has settles but kiambang has not yet bertaut ! The 2013 election results had shown the geographical and socio economic...
-
It has been 3 years since my last posting in 2013. After the last election I look forward to a peaceful and prosper country to be led...
-
WHILE THE Education Ministry’s move to give awards to high-performing schools is laudable, its implementation has caused unhappiness among s...
No comments:
Post a Comment